menjawab persoalan dari shout box

Dipost oleh BADAR 09 | | Posted On Friday, December 11, 2009 at 3:00 AM

untuk guest
"salam ziarah... boleh bantu ana x? antum guna program apa untuk create majalah nie, harap dapat respon... dakwah ilallah"


- untuk software dalam membuat majalah al-muqawwamah ini, kami menggunakan software adobe indesign CS3. software ini amat memudahkan dan mudah juga untuk mempelajarinya, kerana adobe indesign memang khusus untuk membuat lay out majalah.

tetapi bagi nak buat gambar dan vector (design), kami menggunakan software adobe photoshop dan adobe ilustrator. Semua software adobe ada kelebihan masing-masing dan juga mempunyai link .. contohnya dari photoshop nak ke adobe indesign.

untuk mencari ilmu
"antum print sendiri ke muqawwamah ni ataupun di kedai. harap dapt respon."


- kami print sendiri satu master copy. dan kemudian menggunakan khidmat kedai di kuala lumpur untuk menyelesaikan urusan seterusnya. amat mudah dan menjimatkan juga masa.

tidak perlu print semua kerana akan menyebabkan ink printer akan habis dan akhirnya menyebabkan banyak kos dan duit yang dihabiskan semata-semata untuk ini.

harap segala pertanyaan ini telah pun dijawab dengan selesanya. jika ana sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk terus menanya. kami sedia membantu. kalau merasakan persoalan ini tidak menjawab dengan baik, boleh lah menanyakaan kepada yang lebih berpengalaman dari kami.

insya-Allah, untuk sahaja daripada kami.

www.al-muqawwamah.blogspot.com
www.sulbahnetwork.blogspot.com

dijawab oleh www.aktivismuaz.blogspot.com

Download Softcopy InDesign dan PDF

Dipost oleh BADAR 09 | Label post ini: , , | Posted On Saturday, October 17, 2009 at 10:18 AM

Salam Sejahtera. bertemu kembali dengan lafaz baru dan azam yang baru.

Mungkin entri kali ini, ringkas sahaja. memandangkan al-muqawwamah edisi 003 telah berjaya dihabiskan. Dengan itu, saya berbesar hati ingin memberikan softcopy Hakcipta terpelihara Majalah al-muqawwamah dalam format InDesign dan PDF.

Boleh klik di link di bawah ini.. have fun!
1. al-muqawwamah SIRI 1.zip
2. al-muqawwamah SIRI 2.zip
3. SIRI 1 dan SIRI 2.zip

waalahualam.. terimakasih banyak kerana masih setia bersama kami. Jumpa lagi.

Alhamdulillah..berjaya jugak

Dipost oleh BADAR 09 | Label post ini: , | Posted On at 10:09 AM

Salam sejahtera diucapkan kepada semua.. kalau cakap "Assalamualaikum", takut pulak tak jawab dan dosa pulak.yang peliknya. Kalau dalam internet, camne nak jawab salam. So, takut-takut selama ini kita berdosa sebab tak jawab salam.

Oklah, itu cerita lain. Kita tukar topik jap.. Hm.. nampak kita sama-sama syukur ke hadrat ilahi kerana telah kami telah berjaya menghabiskan stok al-muqawwamah kami. dari 300 buah.tinggal 34 buah. dan kini, setelah diedarkan kepada beberapa tempat. seperti, kawan rumah, alumi, sekolah MGB dan sebagainya. Akhirnya, berjaya jugak untuk menghabiskan kesemua 34 itu. Alhamdulillah..syukur nikmat. Boleh teruskan ke kerja seterusnya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa kerja seterusnya.. dengan mudah saya menjawab. Insya-Allah tidak lama lagi akan muncul lah

-Al-muqawwamah edisi KOMIK.. daripada pelukis ICS seperti Muslim 1412, Qahhar, Kizaru, dan lain-lainlah..

tunggu dan lihat lah dengan kemunculan terbaru ini.

waalahualam.. pastikan semua mendapat senaskah majalah. Jumpa lagi.. post seterusnya .. bagi siapa yang ingin mendapatkan softcopy 'majalah al-muqawwamah'.. dalam InDesign dan PDF.

menjawab komen

Dipost oleh BADAR 09 | Label post ini: | Posted On Thursday, September 17, 2009 at 10:39 AM

di sini disertakan komen... berbentuk soalan untuk dijawab.


soalan pertama.

kenapa perlu buat blog khas utk al-muqawwamah?
sebab untuk mengetahui perkembangan al-muqawwamah dari semasa ke semasa.
dan supaya tersebar ke seluruh dunia.

soalan kedua.

em sebenarnya eja muqawwamah tu mcm mana? muqawamah/muqawwamah. musykil sbb eja jawi cm lain~
kalau nak tengok ejaannya, boleh tengok ejaan jawi kat muka depan tapi sebutan nya cam ejaan melayu. harap boleh menghayati dari perkataan yang diambil.


terima kerana menanya..

Lebihan Al-Muqawwamah003

Dipost oleh BADAR 09 | Label post ini: | Posted On at 10:24 AM

salam sejahtera..
untuk pengetahuan semua

terdapat lagi lebihan buku al-muqawwamah untuk edisi ke 03.
bilangan lebihan : 34

siapa yang berminat untuk membelinya, boleh lah menghubungi kami..samada nak jual di sekolah masing-masing ..

berita terbaru daripada kami -
insya-Allah akan diterbitkan al-muqawwamah edisi komik khas..
kerana kami tahu pelajar hira gemar membaca komik berbanding membaca artikel.

tunggu dan saksilah kemunculan untuk masa yang terdekat ini, insya-Allah.

Proses print Al-Muqawwamah

Dipost oleh BADAR 09 | Label post ini: | Posted On Saturday, August 29, 2009 at 9:40 AM

Assalamualaikum..kepada semua pengunjung dan peminat setia al-muqawwamah 003.

Sekadar hendak berkongsi..
Bagaimana perit payahnya dalam melakukan Al-Muqawwamah 003 kali ini.

Untuk pengetahuan. tahun ini Al-Muqawwamah 003 menggunakan perisian yang agak baru bagi pihak kami, iaitu perisian Adobe Indesign CS3..memang perisian ini khusus untuk membuat layout buku dengan lebih mudah dan cepat.

Jika al-muqawwamah 002 sebelum ini, menggunakan perisian yang tidak tetap. antara adobe photoshop dan microsoft publishers.. buat layout menggunakan photoshop, apabila hendak menggunakan layout buku, terpaksa berpindah ke publisher. Agak leceh dan buang masa.

Di sini, kami sertakan gambar antara proses print yang berlaku di sebalik terjadi majalah al-muqawwamah 003. bukan senang nak print satu majalah..agak sukar dan payah.

Image Hosted by BADAR09
Komputer yang digunakkan dalam membuat Al-Muqawwamah kali ini.

Image Hosted by BADAR09
Pandangan dari sudut berbeza..

Image Hosted by BADAR09
Baru print sket..kena teruskan, kalau tak, tak terbit lah..


Wassalam...itu sahaja untuk sahaja perkongsian kali ini. sebarang komen atau cadangan yang membina..? about lemons.my

Download SoftCopy File..

Dipost oleh BADAR 09 | Label post ini: | Posted On at 3:05 AM

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum w.r.t.

Semoga dalam keadaan terbaik sekali..semua dari Allah.

Jadi, di sini kami ingin kongsikan beberapa gambar format JPEG..

1. iklan jualan al-muqawwamah
2. bookmark limited edition.

Klik di sini..untuk membesar(save image as..)


untuk softcopy majalah al-muqawwamah, buat masa ini masih dalam reserved lagi kerana majalah tidak dijual habis lagi.

insya-Allah akan datang... softcopy majalah al-muqawwamah PDF dan Indesign
...bagaimana melakukan al-muqawwamah menggunakan perisian Adobe Indesign. Nantikan lah.
Related Posts with Thumbnails